Baru-baru ini Kementerian Pertahanan Malaysia telah mengiklankan tender untuk menyewa (leasing) empat buah helikopter pengangkut sederhana yang akan digunakan oleh Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).
Tender bagi penyewaan empat unit helikopter itu telah diiklankan pada 5 Juli hingga 11 Agustus.
Rencana Helikopter ini akan menggantikan posisi Helikopter angkut Nuri yang telah dipensiunkan tahun 2019.
Dalam rencananya, helikopter akan disewa selama tiga sampai lima tahun dan akan dioperasikan oleh Tim Nukleus Rejimen 882 PUTD untuk tujuan latihan dan penerbangan-penerbangan operasional.
Helikopter yang disewakan harus mendapat sertifikasi dari Directorate General Technical Airworthiness (DGTA) dan perlu mengikuti konsep Performance Base Contract (PCB) selama dibawah kontrak sewa.
Mengenai spesifikasi helikopter pengangkut sederhana sebagaimana dikehendaki oleh Kementerian Pertahanan adalah berkemampuan membawa dua orang krew dan 10 penumpang, selain maximum take-off load adalah daripada 6,000 kg hingga ke 20,000 kg.
Helikopter yang bakal disewa oleh Kementerian Pertahanan untuk PUTD itu perlu memiliki dua mesin serta dilengkapi dengan sistem Full Authority Digital Engine Control (FADEC) dan pelbagai lagi sistem lain sebagaimana yang disyaratkan dalam dokumen tender.
Selain melakukan penerbangan-penerbangan operasional, helikopter berkenaan juga perlu berkemampuan untuk membawa bebanan seberat 1,814 kg secara “underslug” sebagaimana yang kerap dilakukan oleh helikopter Nuri yang sering mengangkut pelbagai beban secara “underslug” seperti meriam 105mm Pack Howitzer dan lain-lain lagi.
Syarikat yang berjaya dalam tender untuk membekalkan empat buah helikopter pengangkut sederhana secara sewaan kepada Kementerian Pertahanan itu mestilah menyediakan latihan kepada instructor penerbangan, juruterbang, pembantu juruterbang, krew, jurutera dan anggota teknikal.
Keempat-empat helikopter pengangkut sederhana yang bakal dioperasi oleh PUTD atas konsep sewaan itu akan berpengkalan di Kuantan, di mana Tim Nukleus Rejimen 882 PUTD beroperasi di Kem Batu 10 di Gambang.
PUTD bakal menjadi pasukan kedua selepas TUDM yang mengoperasi helikopter secara konsep sewaan selepas Kementerian Pertahanan menyewa empat buah helikopter AW139 untuknya beberapa bulan yang lepas menggunakan kaedah GOCOM (Government-Operates-Company-Owns and Maintains).
Posting Komentar untuk "Malaysia Cari Penyewaan Helikopter Tempur Angkut Untuk AD"